Tuesday, April 7, 2009

Bagaimana untuk menjadi seorang drummer

Setelah bertahun-tahun pengalaman dalam bidang menderum ni, banyak yang telah saya pelajari.Antara 10 perkara yang anda perlu tahu jika anda terfikir untuk menjadi seorang pemukul deram kerepek pedas wannabe adalah :

  1. Anda perlu tahu bahawa anda tidak akan popular kerana anda duduk di belakang semasa membuat persembahan.Anda boleh juga duduk di hadapan,tapi percayalah,kedudukan anda sebagai drummer akan digantikan orang lain pada esok hari.
  2. Anda perlulah tahu bahawa anda yang akan membuat pengiraan...1..2..3..4...barulah lagu akan bermula.
  3. Tiada chord yang perlu anda rujuk kerana....ya benar...anda bermain deram.
  4. Tidak pernah dalam sejarah seorang pemukul deram memukul rakan-rakan lain walaupun timbul perasaan marah.
  5. Anda perlu faham apa yang disampaikan oleh rakan anda apabila dia berkata "kau main macam ni la...dum dum tak...dum tak dum..cing".
  6. Deram tidak mempunyai tali.
  7. Anda akan tersenarai dalam Guiness Book of Records kalau anda bermain deram tetapi terkena kejutan elektrik kerana tiada kabel yang disambungkan pada deram.Percayalah kerana saya sudah beberapa kali memeriksa lebih 30 buah deram.
  8. Jangan sesekali bermain deram sambil tangan anda berminyak.Takut kalau kayu deram anda terpelanting ke rakan anda dan menghasilkan bunyi "adoi".
  9. Pastikan anda tahu tiada part dalam lagu untuk goreng deram ibarat goreng gitar.
  10. Dapatkan buku ini "Drummer for dummies".
Semoga anda berjaya.Jangan putus asa walaupun anda tidak pernah menang di pesta konvo sepanjang ijaazah anda kerana ijazah boleh disambung jika PSM anda direject.

7 comments:

  1. ape sengal la ko ni emam..
    kalau ko ade kat sebelah aku mau aku luku kepala ko jadi macam tom tom

    ReplyDelete
  2. dah tu igt aku nak duk diam je...

    ewah3

    ReplyDelete
  3. LOL!
    aku tetap minat drums walaupun tak reti main!
    hidup drums!

    *tatau apa motif*

    ReplyDelete
  4. nk blaja main drum bole x?

    ReplyDelete
  5. bole...
    sebelum tu kne main menda lain dulu

    ngiahngiahngiah

    ReplyDelete
  6. oh saye menghadapi masalah no.8..
    cet!

    ReplyDelete